My Fellow Followers

Saturday, March 26, 2011

Dah Jatuh Ditimpa Tangga,Get Bruise for FREE!

Assalamualaikum..

Mood nak mengupdate hilang gara-gara hal semalam. Sepatutnyer harinie, kolej tempat aku menginap ada taklimat bersama pihak bomba anjuran aku sendiri selaku Exco Keselamatan dan Disiplin. Persiapan dah dilakukan berbulan-bulan sebelum majlis.

Cadangan awal pihak kitorang nak buat pada 12hb yang lepas tapi pihak bomba minta buat pada harinie,26 Mac. Jadi, aku kena la ubah balik tarikh pada paper work aku. Itu satu hal, takpelah sebab takde la susah mana pun kan.

Then, beberapa hari sebelum arinie, anak buah aku bagitahu yang Unit Keselamatan takde bekas pembakar. Ish, pening dah kepala aku. Mintak dorang cari, sorang pun tak gerak. Sabar je la jadi orang. Aku pun dengan rasa bersalahnya, memonteng kelas International Economy just untuk deal dengan unit keselamatan. Okay, dah deal dengan unit keselamatan. Then, kena call pegawai bomba pulak sebab nak confirmkan.

Truutt, truutt, truut..
This is the voice mail for the num 013*******..
MySpace


Ya ampun, sabar je lah aku. Takpe, aku cube call lagi lepas tue. Mujur dapat, then dah bincang2 sekali die cakap..

Esok pagi saya akan hubungi cik sekiranya kami dapat sediakan bekas pembakar tue.

Lega bila die cakap camtu. Okay, sekarang semua dah settle. Dipendekkan cerita, semalam aku tunggu punya tunggu tapi die takde call-call. Eh, aku dah risau nie.Plan B, aku mintak anak buah aku cari bekas pembakar kowt-kowt kolej kitorang ada dan nie yang aku dapat respon dari anak buah aku yang cukup 'bertanggungjawab.'

Erk, aku kat Waterfront nie zie.hehe.
Tapi aku dah bagitahu kat si polan yang aku kat sini.
-
--
---
---- 
---
--
-
Apakah? aku tak diberitahu langsung sedangkan aku PENGARAH PROJEK! Okay, cool zie cool. Aku tanya si polan yang die bagitahu tue. Nie jawapan die.

Aku abis kelas kol4.30
Lepas tue, aku kena gi barat.
Cuba ko tanya si anu.
-
--
---
----
---
--
-
Hallo, pe nie? Korang yang beria mintak jadi ajk and bile aku mintak tolong, sorang pun tak buat keje. Buleh pulak korang main pass-pass. Aku bunuh jugak dorang nie.MySpace .Seriously tahap kemarahan dah memuncak sehingga kawan aku jadi takut tengok aku semalam. Penyudahnya? Aku sendiri yang pergi tanya kat pejabat. Pak Ali cakap kolej takde. Alamak, macam mana nie? Majlis tue besok. Semua barang dah ada, cuma tempat pembakar untuk demostrasi yang takde.

Aku call lagi pegawai bomba tue dan Alhamdulillah beliau minta kitorang cari kayu tuk ganti bekas pembakar tue. So, aku paksa kawan aku cari kayu bebanyak. Dah settle semua masalah. So, tinggal tunggu hari esok la. Seronok nie dah settle semua. So,lepas ni buley lah aku rehat sambil minum nescafe.MySpace

Tapi, panas tak semestinya sambil ke petang sebab tiba-tiba tsunami campur ribut katrina datang kat bilik aku.Aku dapat panggilan yang hampir meragut kewarasan aku sebagai seorang hamba Allah.

Azie, tadi pihak bomba call.
Dorang minta pinda tarikh esok kepada tarikh lain.
Nanti dorang maklumkan tarikh yang baru.
Dorang terpaksa joined satu majlis kat Asajaya sebab CM ada kat sana.
Dorang minta maaf banyak-banyak.
Sabar ye zie.
-
--
---
----
---
--
-

Bwoh???!!!MySpace. Ya Allah, apa lah nasib aku. Segala usaha aku musnah camtu ajew. Anyone, please tell me what you are going to do if you were in my shoes? Aku korbankan trip nak ke Matang Wildlife dengan ahli kelab just for this talk and penyudahnya? Talk dibatalkan dan aku tak dapat join pergi Matang Wildlife sebab dah cukup orang. Nie dah jatuh ditimpa tangga lepas tue dapat bruise for FREE! Ottokke?MySpace

p/s : nak gi jejalan kat Taman Blogwalking jap lagi. Wat pengubat hati yang duka lara.

2 comments:

  1. sianya...sabar erk...dugaan tu...biasalah..kita pon pernah wt program cmtu..kena tangguh2...rasa mcm dah malas nak wt...emmm

    ReplyDelete
  2. ape bole buat, kkdang dugaan dtg tanpa disangka...
    bykkan bersabar..

    jom follow saya kembali bole? (^_^)

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^