My Fellow Followers

Tuesday, February 15, 2011

Jom Celebrate Maulidur Rasul instead of Valentine Day ^^

12 Rabiul Awal, lahir seorang putera Abdullah dan Siti Aminah ke dunia. Baginda diberi nama Muhammad dan merupakan nabi terakhir yang diutus Allah SWT kepada umat manusia. That's why tiap2 tahun kita akan celebrate maulidur Rasul sempena hari memperingati kelahiran baginda.



Okay, kat sini aku nak berkongsi sedikit tentang peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Rabiul Awal:

  1. Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mengikut sumber baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dlm bulan Rabiul Awal nie lah nabi diangkat menjadi Rasul dan bermulalah dakwah baginda secara rasmi.
  3. Hijrah. Rasulullah tiba kat Madinah (masa tue dipanggil Yastrib). Baginda sampai di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan. Peperangan antara tentera Islam dan tentera Kuffar.
  5. Hari kewafatan baginda. Baginda wafat di rumah isteri baginda, Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah.
  6. Bermulanya era Khulafa Ar-Rasyidin. Selepas kewafatan baginda, Abu Bakar as Siddiq dilantik menggantikan baginda melalui proses bai'ah.
  7. Permulaan kepada pemerintahan Islam di Iraq. Tentera Islam pimpinan Khalid ibni Walid ra memasuki Iraq dan bermulanya pemrintahan Islam di sana.
  8. Pembukan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi memimpin tentera Islam dan menewaskan tentera Salib dan akhirnya membuka pintu kepada pembukaan Baitul Muqaddis.
  9. Kejatuhan empayar kerajaan Islam Sepanyol. Ferdinando dan Isabella memimpin tentera Sepanyol lalu menewaskan tentera Islam di Andalusia pada tahun 897H.

p/s:: aku dapat info nie dari sini. So, aku tak dikire plagiat kan?^^,. So, cik Kimi nk mengucapkan salam Maulidur Rasul kat semua kawan2 bloggers Cik Kimi. Lagi 1 cik Kimi nak pesan; instead of celebrating Valentine Day, why don't ringan2kan mulut selawat utk Nabi Junjungan kita sempena hari keputeraan baginda (egtkn tuk diri sendrik gak).

No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^