Nak dijadikan cite, aku kuar gi makan kat Kedai Makan Idola, Samarahan ngan dak kaiyisyah and bebylicious. Semua gara2 dak beylicious ni boring duk kat bilik kowt 2 yang di ajaknyer kitorang kuar. Okay la an, buley gi makan sekali sebab cafe tak bukak time malam.
Aku order horlick panas ngan mee goreng special (takde r special sgt pn), kaiyisyah lak order teh tarik ngn mee goreng special gak. Dak bebylicious order jagung susu ngn nasi goreng kampung. Sambil makan tue, kitorang disajikan dengan cite KHURAFAT. Walaupun dh pernah tengok kat panggung wayang, dak kaiyisyah nie buley terperanjat pulak. Mujur die tak menjerit, lau x...tak tahu lah mana aku nak sembunyikan ketawa aku nie.hehehhe
After dah kenyang (jangan makan kenyang sangat, tak elok), nak gi bayar lah kan. Memula nak bayar not 50 p then tengok cashier tue cam xde $ kecik jewk so aku pn dengan selambanyer berkata kepada cik bebylicious:
Aku: Wey, bak $10 ko. $ aku besau sangat nie. T aku bayar pas gi 7E karang
Then, instead of bayar guna $ besar aku bayarlah guna $ kecik then sekali dak cashier tue ley cakap camnie kat aku:
Cashier: Alamak kak. Takde duit kecik lah. Shaye bagi duit syiling buley kak?
Aku: Erk? Err..buley lah. (-.-")
Korang bayangkan if aku bayar dengan not 50 td? Mau aku balik kolej dengan satu plastik penuh dengan duit syiling je karang. Hahahahha
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^